Labels

Saturday, 7 October 2017

Kenapa Lampu Motorsikal Sentiasa Dinyalakan?

Motorsikal harus sentiasa menyalakan lampu.

Tahukah anda? Kenapa lampu motorsikal harus sentiasa menyala walaupun waktu siang?

Pasti ramai individu yang hanya mengikuti sahaja peraturan tersebut tanpa mengetahui sebab-sebab peraturan jalan raya ini dilaksanakan.

Namun, terdapat segelintir juga yang tidak menyalakan lampu motorsikalnya kerana merasakan hal itu hanya pembaziran tenaga-lah, alasan global warming-lah, dan hanya membuat orang lain silau terhadap cahaya-lah.

Walau apapun alasan untuk tidak menyalakan lampu motorsikal, kebaikan menyalakan lampu lebih besar berbanding tidak menyalakan lampu.

Penunggang motorsikal sukar kelihatan tanpa lampu

Lampu yang menarik perhatian mata.

Pada waktu siang semasa memandu kereta, persekitaran yang terang membuat mata kita seakan-akan terbiasa melihat persekitaran (Jalanan, bangunan, pokok, orang melintas).

Maka, keadaan motorsikal yang lebih kecil daripada kereta adalah sukar dilihat, apatah lagi kedudukan motorsikal masih jauh dengan kereta tersebut.

Namun, apabila terdapat kilauan atau sinaran cahaya pada waktu itu, perhatian kita akan mengarah kepada cahaya tersebut.

Hal ini akan membuatkan penunggang motorsikal akan mudah mendapat perhatian oleh pemandu kereta.

Faktor cahaya lebih cepat mendapat perhatian oleh pemandu kereta berbanding bunyi motorsikal tersebut.

Kesimpulannya, menyalakan lampu motorsikal pada siang hari.

  • membuatkan kita lebih mudah dilihat oleh pemandu kereta.


  • mengurangkan angka kemalangan jalan raya.


  • mampu menerapkan faktor keselamatan.


  • mengurangkan kenderaan tanpa lampu terutama pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :