Petanda mimpi kematian diri sendiri. |
Pernahkah anda mengalami indah atau mimpi buruk? Anda tidak perlu risau
kerana tidak semestinya mimpi itu akan membawa maksud yang sama dalam dunia
nyata kita.
Kebanyakan ramai yang menganggap ianya cuma mainan tidur. Namun
kadangkala ia sebenarnya membawa maksud atau petanda-petanda yang bakal berlaku
kepada diri kita yang disampaikan melalui mimpi.
Ianya terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak tafsir mimpi itu.
Kemungkinan tafsir mimpi ini tercipta hanya kerana ramai yang telah mengalami
petanda mimpi itu dan berakhir dengan hasil yang sama di dunia nyata.
Bagi mereka yang telah mengalami mimpi paling buruk iaitu mimpi
kematian, ia tidak semestinya akan mengalami kematian namun kemungkinan membawa
maksud lainnya.
Berikut adalah tafsir mimpi tentang mimpi kematian:
1. Apabila bermimpi melihat upacara kematian diri
sendiri, ia membawa maksud anda akan mengalami masalah dengan pasangan hidup.
2. Apabila bermimpi dimasukkan ke dalam kubur, membawa
petanda bahawa anda telah salah jalan dan mengikuti jalan sesat.
3. Apabila mimpi mati namun tiada yang meratapi kita,
membawa petanda ada sebahagian rumah kita akan roboh.
4. Apabila mimpi jenazah diusung, bermaksud rezeki
semakin bertambah.
5. Apabila mimpi berada di liang kubur tapi tidak mati,
bermaksud akan mengalami kesusahan mencari rezeki dan ditimpa banyak masalah.
6. Bermimpi menggali kubur, bermaksud kamu akan
mendapat rumah baru.
Demikianlah tafsir
mimpi mengenai kematian yang mungkin sedikit mampu menjawab perasaan ingin tahu
anda kepada maksud mimpi tersebut, namun ianya tidak boleh dijadikan sesuatu
yang sangat diyakini.
Walaupun mimpi
kematian itu petanda yang tidak baik, mungkin inilah cara tuhan mengingatkan
kita untuk memperbaiki diri kita.
No comments:
Post a Comment