Labels

Thursday, 12 October 2017

Memburu Kijang, Rupanya Tertembak Sepupu.

Senjata yang Dirampas jenis Bakakuk.

Kota Marudu, Sabah – Seorang lelaki telah maut selepas terkena tembakan daripada sepupunya sendiri menggunakan senjata api buatan sendiri, iaitu bakakuk ketika berburu di hutan Kampung Langkabungan 2, kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira 11.30 pagi pada 11 Oktober 2017, dan mangsa ialah Adndreas Labin, 22, telah terkena lima tembakan di dada, leher dan muka.

Dalam siasatan awal polis mendapati, suspek yang berusia 25 tahun itu, keluar berburu di hutan tersebut seorang diri kira-kira 700 meter dari rumahnya.

Kemudian dia mendakwa ternampak kelibat seekor kijang dalam semak pada jarak 90 meter dari tempatnya berdiri seterusnya melepaskan tembakan.

"Lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu mendakwa turut melihat kelibat kijang berkenaan jatuh sebaik tembakan dilepaskan.

"Namun apabila dia sampai di lokasi berkenaan, suspek terkejut apabila mendapati sepupunya sendiri terlentang dengan beberapa kesan tembakan," kata Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah.

Menurutnya, suspek pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu.

Katanya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

"Polis turut merampas selaras senjata api jenis bakakuk bersama sebutir kelongsong peluru yang digunakan suspek dalam insiden berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :