SEOUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal berkunjung
ke zon bebas tentera (DMZ), yang memisahkan Kore Utara dan Korea Selatan pada bulan
depan.
Rumah Putih sudah menghantar pasukan akhir September lalu untuk
memeriksa kawasan dicadangkan bagi 'aktiviti khas' Trump di Korea Selatan.
Trump dijangka menghantar mesej penting kepada Korea Utara, sama
ada secara lisan atau 'kinetik' dalam lawatan pertamanya ke semenanjung itu.
Perkampungan perdamaian di Panmunjom dan pos pemerhati,
kedua-duanya di dalam DMZ adalah antara lokasi dipertimbangkan dikunjungi
Trump.
Lawatan ke DMZ, mengikuti jejak langkah Barack Obama dan Naib
Presiden Mike Pence akan membawa Trump beberapa meter hampir dengan tentera
Korea Utara, yang berkemungkinan dianggap Pyongyang sebagai satu
provokasi.
No comments:
Post a Comment