Labels

Sunday, 1 October 2017

Mengaku Tidak Bersalah, 4 orang sekeluarga maut.

Tertuduh, Ismail Mohammad Zain yang didakwa memandu secara bahaya.

GUA MUSANG: Seorang pemandu treler beras yang didakwa memandu secara bahaya kini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret apabila menyebabkan kematian empat orang sekeluarga pada 29 September lepas.

Dalam kejadian di Kilometer 52 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada 7.50 pagi, tertuduh iaitu Ismail Mohammad Zain, 31, didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Mangsa yang terlibat iaitu Zainuddin Anuar, 30 tahun, isterinya Raizuamira Daud, 31 tahun, anak mereka Nur Anissa Sofea, 2 tahun, dan ZayyanNazarel, 13 hari maut ditempat kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail yang mengendalikan kes berkenaan menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimana pun, Ismail yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia penanggung keluarga kepada dua orang anak dan isterinya.

Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.

Tertuduh bagaimana pun membayar wang jaminan tersebut.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :