Labels

Friday, 27 October 2017

MRSM Keempat Sabah Akan Dibina di RANAU

Musa Aman

RANAU - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) keempat di Sabah akan dibina di daerah ini tahun depan, dan dijangka siap pada 2021.

Kemudahan yang akan dibina adalah seperti blok akademik, makmal sains, dewan serbaguna, asrama, kemudahan sukan serta mampu menampung 450 pelajar pada satu-satu masa.

MRSM Ranau akan dibina di kawasan seluas 26,000 meter persegi bermula tahun depan dan dijangka siap pada 2021.

Projek ini adalah usaha bersama oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Kerajaan Negeri Sabah.

Program ini dibangunkan oleh Petronas dalam membangunkan modal insan melalui sektor pendidikan.

Pelancaran projek MRSM Ranau itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata dalam ucapannya, Petronas banyak memberi sumbangan seperti industri carigali minyak laut dalam, Sabah Oil dan Gas terminal (SOGT) di Kimanis, dan projek Sabah Ammonia-Urea (SAMUR) di Sipitang meletakkan Sabah sebagai lokasi pelaburan utama industri minyak dan gas negara.

Katanya lagi, selain menyumbang ekonomi, Petronas juga membantu dalam pembangunan pendidikan,  kesejahteraan rakyat dan juga pemulihan alam sekitar.
Justeru itu, beliau menyeru anak-anak Sabah supaya memanfaatkan segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Petronas.

Beliau berkata pembangunan sektor pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dan menyediakan peruntukan untuk tujuan itu selain menghargai sumbangan dan keprihatinan Petronas bagi melengkapkan usaha kerajaan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Petronas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pendidikan merupakan kaedah  paling penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Kami benar-benar percaya bahawa mengupayakan individu melalui pendidikan berkualiti, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai adalah paling utama dalam pembangunan modal insan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Sabah tetapi Malaysia amnya," katanya. 

Tiga lagi MRSM lain terletak di Tawau, Kinarut dan Semporna. - Bernama

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :