Percayakah
anda, bahawa sebenarnya wanita berisi atau ‘chubby’ tidak sukar untuk mencari
teman lelaki. Jika dibandingkan dengan wanita kurus, hakikatnya ramai wanita
kurus yang masih single di luar sana berbanding wanita chubby.
Di bawah ini adalah 5
sifat wanita berisi yang disukai lelaki.
1. Wanita
berisi lebih mesra dan ceria
Kajian
yang dijalankan oleh littlewoods.com mendapati bahawa, ramai wanita berisi atau chubby lebih
ceria dan mesra daripada wanita kurus.
Hal ini membuatkan lelaki yang menjadi pasangannya tidak akan
merasa bosan dengan wanita berisi tersebut. Sebanyak 74% daripada 2000
responden mengakui mereka bahagia dengan berat badan mereka.
2. Berkeyakinan
tinggi
Wanita
yang berbadan besar ini biasanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana
mereka sering berfikiran positif dan tidak berkira dengan orang lain.
Mereka
juga mempunyai cara tersendiri berkomunikasi, eye contact, bertutur kata, dan mudah untuk tergelak ketawa
membuatkan para lelaki tidak bosan. Anda boleh lihat sendiri di sekeliling kita.
3. Tidak
rumit dalam soal penampilan
Wanita
berisi biasanya bersikap simple, dan biasanya
mereka tidak terlalu cerewet dalam penampilan diri. Oleh itu, sesetengah lelaki
suka dengan wanita sebegini kerana tidak perlu menunggu lama ketika mereka
bersiap apabila keluar rumah.
4. Menjadi
teman makan
Bagi
pasangan kekasih, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk makan di
luar. Oleh itu, pasti menyeronokkan bagi lelaki apabila pasangan berisinya itu
tidak cerewet dalam soal makan.
Hal
ini kerana, wanita berisi tersebut kurang memberi perhatian pada berat badan,
berbanding wanita kurus yang sangat menjaga badan.
Oleh itu, wanita berisi ini sentiasa dapat
meluangkan masa untuk mencuba menu-menu makanan yang baru, seterusnya membuktikan yang
mereka tidak membosankan berbanding wanita kurus yang sedikit membosankan.
5. Membuatkan
lelaki geram kerana comel
Wanita
kelihatan comel kerana pipinya yang tembam berbanding wanita kurus. Hal ini
menyebabkan lelaki sentiasa teringin mencubit pipi pasangannya.
Selain
itu, wanita berisi juga lebih manja berbanding wanita kurus. Walaupun wanita
berisi ini kuat merajuk, namun mereka tetap mudah untuk dipujuk.
No comments:
Post a Comment