Seorang petani dari
Zheijiang, China, pada mulanya menyangka menemui sebuah artifak kuno,
seakan-akan duit syiling lama.
Terdapat garisan-garisan
pada penemuan tersebut seperti artifak kuno yang sangat cantik, dan kelihatan seperti sesuatu yang sangat bernilai.
Setelah dicungkil keluar, alangkah terkejutnya petani tersebut bahawa penemuan seperti artifak kuno yang bernilai tinggi itu rupa-rupanya seekor labah-labah besar.
Labah-labah yang dikenali
sebagai ‘ravine trapdoor spider’, spesis Cyclocosmia ricketti adalah
spesis labah-labah yang jarang ditemui.
Corak pada badannya bertindak sebagai
perisai yang menghalangnya daripada serangan musuh ketika labah-labah berkenaan
bersembunyi di dalam lubang.
No comments:
Post a Comment