Labels

Friday 17 November 2017

5 Cara Mengelakkan Akaun Media Sosial Anda Digodam



Adakah anda pernah mengalami pengalaman menjadi mangsa penggodam atau kecurian identiti?

Berikut tip untuk anda melindungi diri dan maklumat peribadi anda: 

1. Tukar kata laluan untuk semua perkhidmatan ‘Online’ anda

Pastikan anda kemaskini semua perkhidmatan atas talian atau ‘online’ anda seperti akaun media sosial dan perbankan untuk mengelakkan jadi mangsa digodam. Tukarlah kata laluan untuk semua akaun anda.


2. Guna aksara kata laluan yang lebih rumit

Elak mengunakan kata laluan yang mudah diteka seperti nama anak atau tarikh lahir. Gunakan aksara yang lebih rumit untuk akaun anda.


3. Jangan klik pautan emel dari invididu yang tidak dikenali

Penggodam sering mengunakan taktik menghantar kod perisian perosak 'malware' menerusi emel.

Jangan klik kepada pautan yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali, kerana pautan berkenaan mungkin mempunyai 'malware' yang mungkin akan jangkiti komputer atau peranti anda.

'Malware' ini mampu mendedahkan identiti anda seperti kata nama dan kata laluan kepada pengodam.


4. Semak URL, pastikan bukan laman web palsu

Penggodam boleh memperolehi kata nama dan kata laluan anda, jika anda tersalah memasukannya ke dalam laman web palsu.

Wujud laporan beberapa laman web media sosial dan bank pernah berhadapan dengan kes laman web palsu yang bertujuan untuk mencuri kata kunci penguna.


5. Kemaskini antivirus dan 'firewall' web

Kebanyakan perisian antivirus akan dikemaskini secara automatik, penting untuk pengguna sentiasa memastikan perisian itu diperkemas kerana ia merupakan pelindungan pertama daripada sebarang ancaman siber.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :