Labels

Wednesday 15 November 2017

Seorang Wanita Ditemui Mati di Sebuah Hotel Kota Kinabalu



KOTA KINABALU - Seorang wanita yang ditemui mati di sebuah hotel dipercayai disebabkan kehilangan banyak darah selepas melahirkan bayi lelaki.

Seorang pekerja hotel menemui mayat wanita berusia 24 tahun berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi pada 14 November dan terus memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan.

"Mangsa dikatakan berada di hotel itu sejak pagi semalam. Sebaik polis tiba, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan keadaan tandas di bilik penginapannya juga berlumuran darah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Chandra berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk tindakan lanjut dan akan dibedah siasat selepas keluarganya berjaya dikesan.

"Bayi lelaki cukup sifat yang selamat dilahirkan dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris atau keluarga mangsa tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Inspektor Mustapha Rambli di talian 0198145090.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :