Pernahkah anda putus hubungan dengan bekas kekasih anda?
Pastinya perasaan yang dialami sangat menyakitkan hati dan mengecewakan, bukan?
Perkongsian ini adalah bagaimana caranya mengembalikan
perasaan kecewa itu kepada bekas kekasih anda, seterusnya membuatkan anda mampu
‘Move On’.
Cara untuk membuatkan bekas kekasih anda menyesal putus
dengan anda adalah dengan melakukan perubahan lebih baik dari segi fizikal
sehingga perubahan sikap. Caranya adalah seperti di bawah:
1. Elakkan
daripada membuat status berbaur kekecewaan di media sosial.
Melalui penelitian, bekas kekasih anda akan lebih percaya
diri apabila melihat kekasih yang ditinggalkannya itu sedih dan kecewa
berpanjangan.
Jika dia melihat anda mengalami rasa ‘down’ selepas
meninggalkan anda, maka bekas kekasih tersebut pasti akan lebih yakin dengan
keputusannya meninggalkan anda adalah pilihan yang benar.
Oleh itu, janganlah memperlihatkan perasaan sedih dan
kecewa anda kepadanya secara berdepan ataupun melalui media sosial.
Perlihatkan diri anda seorang yang kuat, penuh semangat
dan rasa tidak kecewa kehilangannya.
2.
Lakukan perubahan pada diri sendiri.
Langkah seterusnya, ada boleh membuat perubahan diri
melalui penampilan anda.
Jadikan diri anda mempunyai penampilan diri yang lebih menarik
berbanding sebelumnya dan kelihatan smart.
Ia bertujuan agar hatinya pilu dan membuatkan dia sedar
bahawa keputusan meninggalkan anda adalah keputusan yang salah.
3. Tunjukkan
bahawa anda lebih bahagia setelah putus dengannya.
Biasanya, setelah seseorang telah putus hubungan dengan
kekasih, pastinya orang yang ditinggalkan itu mesti akan menunjukkan perasaan
sangat sakit hati, kecewa yang mendalam, kemurungan dan banyak berdiam.
Namun, ianya sukar untuk melakukan bahawa anda kelihatan
bahagia setelah putus dengannya. Tapi percayalah, jika anda mampu melakukan hal
ini, dia pasti merasa tidak tenang kerana memutuskan anda.
Anda hanya perlu tunjukkan raut wajah yang ceria, bahagia
dan gembira didepannya.
4.
Carilah pasangan baru yang lebih memahami dan lebih comel.
Ketika masih dalam perhubungan, pastinya anda merasakan
dia adalah yang sangat memahami anda, dan tidak ada yang lebih baik dan comel daripadanya.
Ketahuilah bahawa anda sebenarnya silap, Masih banyak
lagi yang akan lebih memahami dan lebih comel kepada anda.
Ketika dia mengetahui anda sudah mempunyai pasangan baru,
dia pasti akan menyesal dan rasa tidak tenteram. Kemudian dia akan mencuba
untuk dapatkan anda kembali.
5. Bangun
perniagaan yang hebat dan menjadi jutawan.
Anda juga boleh membangunkan sesuatu perniagaan yang
mampu menjadikan anda kaya.
Fokus kepada bisnes anda sehingga anda menjadi orang berjaya.
Apabila dia melihat kejayaan anda, dia pastinya akan
menyesal meninggalkan anda walaupun dia bukan seorang yang gilakan harta.
6.
Dapatkan kerjaya di tempat berprestij tinggi.
Selain itu, anda juga boleh mencari kerjaya di tempat
yang sangat berprestij atau kerjaya yang popular.
Hal ini juga membuatkan anda menjadi lebih berjaya dan kelihatan bergaya.
Cara ini juga sangat efektif membuat pasangan merasa
menyesal setelah meninggalkan anda kerana anda sekrang menjadi lebih berjaya.
Kesimpulannya, setelah anda diputuskan oleh kekasih anda,
anda tidak perlu lagi merasa jatuh semangat, sedih berpanjangan dan kecewa
setelah ditinggalkan kekasih anda.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya perlu lakukan
perubahan kepada diri anda seterusnya membuatkan anda mampu ‘Move On’ untuk
melupakan segala kenangan silam yang pahit anda itu.
No comments:
Post a Comment