Labels

Saturday 25 November 2017

Cara Menyemak Keputusan UPSR bagi Sesi 2017


Bermula pada 23 November 2017, keputusan peperiksaan UPSR bagi sesi 2017 boleh disemak melalui online ataupun melalui sms.

1. Cara semakan keputusan UPSR melalui SMS:

Calon UPSR boleh menyemak keputusan UPSR 2017 menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas dengan menaip <UPSR> jarak <Angka Giliran> dan hantar ke <15888>.

  • Contoh: [UPSR] < jarak > [Angka Giliran]
  • Contoh: UPSR AZ1122888 (dan hantarkan SMS ke) 15888.


Caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan penerimaan sms.

2. Cara semakan keputusan UPSR melalui ONLINE:

Calon-calon UPSR juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui online dilaman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Klik Link:
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 ini akan mula diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 November dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 November 2017.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR untuk tahun 2017 membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :