Setelah selesai solat Asar
di sebuah masjid di Cheras dan disebabkan takut jem, aku bergegas ke kereta,
tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika.
Ada sebuah dompet besar
betul-betul terjatuh di tepi kereta. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu.
Agak berat berisi.
Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku
buka dompet itu dan menemui sebuah envelop besar dari nama sebuah bank.
Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note
RM100.00 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik.
Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari
pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah, tak seorang pun yang kenal.
Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya. Lantas aku bergegas memandu ke
alamat yang ada dibungkusan wang itu.
Ketika sampai, aku beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang
lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah
kearab-araban yang menjawab salam dan bertanya mahu mencari siapa?
Aku bagitau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim, betulkah
rumah ni?"
"Saya Haji Salim. Ada apa encik?"
"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras?" tanya ku.
"Ya. Betul."
"Pak Haji tadi ada bawa apa-apa waktu pegi solat?"
Dia menjawab, "Astaghfirullah. iya. Saya bawa dompet besar coklat dan dari
tadi saya mencari-carinya. Saya lupa dimana letaknya," pandangannya kearah
saya penuh dengan tanda tanya.
Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi,
"Dompet yang ini ke Tuan Haji?"
"Ya, ya. Yang itu. Alhamdulillah. Terima kasih nak. Dalam tas ini bapa
simpan wang yang bapa baru ambik dari bank tadi."
Tanpa banyak bicara, aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.
Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya
hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."
Haji Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita.
Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab. Mata bertentang mata. Cair
hati tak terkata. Degup jantung kencang tak terkira.
"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan
laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."
Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Haji, saya
sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya dan minta izin dengan dia
tentang rancangan Tuan Haji ni."
Haji Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta
izin dari isterimu. Ada nombor hand phonenya?"
Aku mengangguk lesu. Malu tapi mahu. Mana tak mahunya. Anak dia punyalah cun.
Aku mengangguk lesu. Malu tapi mahu. Mana tak mahunya. Anak dia punyalah cun.
Lalu aku pun bagi la nombor handphone wife aku. Tuan Haji Salim terus dail
nombor tu dan dia bagitau cerita sebenar.
Tubuh aku tiba-tiba menggigil, apa lagi saat telefon tu diberikan kepada aku.
Katanya isteriku mahu bercakap dengan aku. Terlintas di fikiran, apalah aku nak
jawab.
Bagaikan halilintar membelah bumi di saat terdengar suara isteriku bercakap
dengan agak kuat.
Bang.. Bang.. Abangggg.. Bangun.. Dah masuk maghrib ni..
Aku bermimpi rupanya. Ceh. Kah kah.
No comments:
Post a Comment