Tahukah anda, jari yang
bercelup dengan ink ni tak akan dapat dicuci dengan air, makeup remover, cuka, ataupun
sabun.
Biasanya dakwat yang
digunakan ketika pilihanraya menggunakan dakwat kekal atau dipanggil sebagai
‘indelible ink’. Dakwat kekal ni istimewa disebabkan adanya ‘silver nitrate’.
‘Silver nitrate’ ni dalam
bentuk larutan yang memberikan kesan pada kulit bertukar jadi warna biru atau
ungu gelap (lebih kepada hitam).
Dengan adanya silver nitrate
ini, ink memang tidak akan pudar sedikit pun sehinggalah 2 atau 3 hari barulah
hilang.
Ini disebabkan warna ink tersebut bukan hanya di permukaan jari sahaja,
ia juga terperangkap dalam sel kulit kita.
Namun, tidak perlu risau,
walaupun ianya terperangkap dalam sel kulit, ianya tidak akan dibawa ke dalam
sistem tubuh yang lain.
Pihak JAKIM juga mengesahkan
bahawa ia adalah sah untuk dibawa solat.