Aida bukan nama sebenar mengakui mula terlibat
dalam kegiatan pelacuran selepas tertekan dengan keadaan ekonomi keluarga.
Anak bongsu dari tiga beradik itu menjelaskan abangnya baharu sahaja
diberhentikan kerja sementara kakak hanya menumpang gaji suami dan kini
berdepan masalah rumah tangga.
“Mak ayah dua-dua sakit jantung.
"Jadi, sayalah harapan keluarga bila semua ahli keluarga tinggal serumah,”
katanya.
Menurut Aida, dia pernah menawarkan harga setinggi RM500 hingga RM800 satu
malam, dan pernah tidur dengan lelaki Melayu, Cina dan India.
Katanya, sejarah silam dirogol teman lelaki semasa berusia 12 tahun menjadikan
kepercayaan terhadap lelaki terus padam.
Pertunangan dengan seorang lelaki yang kemudian diputuskan ikatan sebaik sahaja
mengetahui sejarah hitam Aida selepas diceritakan rakan baik menyebabkan dia
lebih bencikan insan bernama lelaki yang dianggap tidak bertanggung jawab.
Kini, dia mempergunakan lelaki bagi mendapatkan wang dengan alasan mahu menyara
keluarga.
Pendapatan sebagai operator pengeluaran wanita sekitar RM800 hingga RM1,000
sebulan tidak mampu untuk menampung kehidupan disebabkan kos sara hidup yang
semakin tinggi.
“Saya pernah nak bertaubat tetapi tak kuat,” katanya mengaku teringin untuk
mempelajari al-Quran dengan lebih mendalam.
Aida merupakan salah satu pasangan yang ditahan berkhalwat dalam operasi
dilaksanakan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dengan kerjasama beberapa agensi
berkaitan.
Dalam serbuan dilakukan di salah sebuah hotel bajet, remaja itu ditangkap
berdua-duaan dengan rakan sekerja yang berlainan agama dalam sebuah bilik.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Dr Hazizan Md Desa berkata, berlaku
penawaran antara lelaki dan remaja itu tentang penawaran harga yang diletak,
namun berdasarkan keterangan, lelaki itu bersetuju untuk membayar RM500.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas diserbu dalam operasi yang
diketuai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin.
Menurutnya, remaja berkenaan dipanggil memberi keterangan untuk membantu
siasatan ke pejabat agama daerah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang
memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
Sempena Ramadhan, Aida yang ditemui mengaku menyesal atas perbuatannya dan
bersedia bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment