Lelaki membawa pisau dan kepala cucunya. |
Seorang
pembunuh yang pernah membunuh enam tahun yang ditahan di hopital mental telah dibebaskan,
kini membawa padah apabila lelaki itu memenggal kepala seorang budak perempuan
berusia 18 bulan.
Lelaki
itu kemudian membawa kepala mangsa itu iaitu cucu saudaranya sendiri di bandar
Astrakhan, Russia.
Selepas
enggan menyerah diri, polis menembak lelaki itu, Mikhail Elinsky, 42, kerana
mengancam anggota itu dengan pisau, dan dia mati di hospital.
Menurut
laporan Daily Mail dan beberapa portal berita Britain hari ini, Mikhail turut
menikam ibu mangsa, iaitu anak saudaranya, Tatiana, mengakibatkan kecederaan
serius.
Tatiana
sebelum ini merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak membebaskan lelaki itu dari
hospital mental kerana bimbang dengan keselamatan keluarga kerana Mikhail
membunuh seorang wanita enam tahun lalu.
Tatiana
yang berusaha menyelamatkan anaknya, Natalia, ditikam lelaki itu apabila dia
datang ke dapur ketika Mikhail sedang mencederakan mangsa.
Tatiana
dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika mereka hendak keluar dan anaknya
duduk di atas basikal roda tiga.
“Dia
menarik anak saya dan membawanya ke dapur, menutup pintu dan mula ‘memotong’
anak saya.
“Saya
berlari ke dapur untuk menghalangnya tapi dia tikam perut saya,” katanya.
Laporan
media tempatan menyatakan lelaki itu berlari di jalan raya sambil membawa
kepala mangsa dan polis mengambil masa setengah jam untuk cuba menahannya
sebelum melepaskan tembakan.
Dalam
kejadian enam tahun lalu, lelaki itu membunuh wanita pembantu kedai di bandar
berkenaan, menikam mangsa berkali-kali ketika mabuk.
Dia
disahkan mempunyai masalah mental ‘paranoid schizophrenia’ menyebabkan dihantar
ke hospital mental dan dibebaskan baru-baru ini, selepas disahkan ‘sihat’.
No comments:
Post a Comment