Labels

Monday, 11 September 2017

Pengalaman mendekati Buaya Gergasi.

Dua pelancong dalam kurungan yang didekati oleh Buaya gergasi di Queensland Australia.

Australia:  Para pelancong kini diberi peluang untuk berenang bersama dengan buaya pemangsa gergasi sepanjang 4.87 meter sebagai satu tarikan terbaharu yang dibuka di Queensland, Australia baru-baru ini.
Perkhidmatan itu dibuka di kawasan terumbu karang di Great Barrier Reef yang turut dikenali sebagai Cage of Death atau Sangkar Maut.
Orang ramai yang berhasrat untuk mengikuti aktiviti sukan air mengerikan itu hanya dikenakan AS$135 (RM565) setiap seorang apabila sebuah kurungan akuatik akan ditenggelamkan hampir 30 minit.
Kurungan yang boleh memuatkan dua orang pada satu-satu masa membolehkan pelancong menyaksikan haiwan buas itu secara lebih dekat.
Buaya itu akan diberi makanan seperti ayam dan daging menyebabkan ia akan berkeliaran di sekitar kurungan berkenaan.
“Aktiviti ini sangat hebat. Saya tidak menyangka terdapat banyak buaya besar yang berkeliaran di tepi saya.
“Pada mulanya, saya berasa menggeletar dan takut kerana ia seolah-olah mahu membaham saya memandangkan ia hanya dipisahkan dengan dinding kurungan itu,” kata seorang pelancong Jerman, Nellie Winters.
Bagaimanapun, kurungan yang dikawal oleh Crocosaurus Cove dikatakan memiliki tujuh ekor buaya termasuk sepasang pembiak bernama William dan Kate.


No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :