Saya seorang isteri kepada
suami yang pernah menipu saya. Saya bukan meminta pendapat cuma saya ingin
semua wanita berhati-hati dan behaga-jaga dengan adik-adik perempuan kalian
supaya tidak terperangkap dengan suami saya.
Saya baru mendapat tahu
bahawa dia telah berkahwin lagi dan kini mempunyai 4 isteri. Belum termasuk
skandal-skandal di luar sana. Tetapi salah satu daripada 4 isterinya telah
diceraikan. Namun, jika hari ini cerai, esok akan tambah lagi satu.
Semasa saya mengenali suami
saya, dia mempunyai banyak hutang. Katanya dia selalu ditipu orang, sebab tu
berhutang. Namun dia menuduh isteri pertamanya yang membuatkan dia bankrap.
Tapi sebenarnya, isteri pertamanya yang telah banyak membantu dia dari segi
kewangan.
Suami saya berusia dalam
lingkungan 40-an dan saya berkahwin dengan dia adalah kerana Allah. Saya
ingatkan jiwa raga dia betul-betul terluka, rupanya itu adalah perangkap
semata-mata.
Saya baru sahaja mendapat
tahu yang dia mempunyai seorang lagi isteri, nama dirahsiakan tapi hanya boleh
dikenali sebagai ‘iesa’.
Pekerja suami saya
mengatakan yang ‘iesa’ sebenarnya cuma mahukan duit suami saya namun ternyata masuk
ke dalam lubang sendiri apabila dia hanya dijadikan kuli.
Menurut pekerja itu lagi,
suami saya seorang kaki pukul dan perempuan tersebut sering dipukul. Di bawah
ini adalah screenshot dari perbualan saya dengan pekerja dan perbualan dengan suami
saya sendiri.
Alhamdulillah, saya
bersyukur kerana selama berkahwin, saya tidak pernah dipukul dan dijadikan
kuli. Mungkin kerana saya selalu memberikan dia tazkirah dulu menyebabkan dia
menghormati saya.
Pada bulan 12 nanti selepas
bersalin, saya ingin menuntut cerai. Para wanita harus berhati-hati selepas
saya bercerai nanti, kerana dia akan mempunyai satu kuota lagi.
Wanita-wanita di luar sana jangan
terpedaya kerana suami saya bawa kereta besar, solat tidak pernah tinggal dan
memberi nasihat yang baik-baik sehinggan kalian fikir fia lelaki paling
sempurna. Tapi sebenarnya dia pandai berpura-pura baik.
Ciri-ciri suami saya adalah
seperti tinggi dan kurus sikit, ada lesung pipit berkulit hitam manis, berumur
sekitar 40 hingga 41 tahun dan besaral dari Kedah.
Orang berbisnes seperti
suami saya nampak seperti berduit banyak namun itu cuma untuk membayar hutang.
Yang lebih mengejutkan, keluarga suami saya ni kuat menyembunyikan hal sebenar.
Semoga keluarga suami saya ni diberikan kekuatan untuk jujur dan tidak
merahsiakan perkara tentang suami saya.
Lagi satu, suami saya ini
suka memburuk-burukkan isteri. Saya yang mengandungkan anak pun selalu
ditingal-tinggalkan. Buat wanita di luar sana, perhatikan jika ada adik-adik
yang berkahwin senyap.
Semoga suami saya berubah
kerana apa yang dia buat hanya membawa penyakit. Berdoalah supaya dihindarkan
dari segala kejahatan dan fitnah-fitnah dunia.
No comments:
Post a Comment