Labels

Wednesday, 11 October 2017

Penyamaan Gaji Sektor Swasta dan Gaji Sektor Kerajaan Tidak Dipersetujui.

-Gambar Hiasan-

Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan memberi penjelasan bahawa skim gaji sektor kerajaan dan swasta tidak boleh dibandingkan.

Beliau tidak setuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta sektor swasta menyamakan skim gaji pekerja dengan sektor kerajaan.

"Modul perniagaan dan pendapatan yang diperoleh pihak syarikat swasta jauh beza dengan sektor perkhidmatan awam. Kedua-dua ini tidak boleh melakukan perbandingan sedemikian.

"Skim gaji yang ditentukan oleh sesebuah syarikat adalah mengikut kemampuan majikan itu sendiri," kata Shamsuddin ketika memberitahu China Press.

"Gaji diberikan majikan adalah berdasarkan keuntungan diperoleh mereka. Selain itu, jumlah gaji pekerja turut bergantung kepada faktor prestasi perniagaan.

"Sebaliknya, pihak kerajaan tidak perlu memikirkan masalah untung atau rugi. Kerajaan boleh dikatakan amat senang mendapatkan wang, contohnya dengan menambahkan cukai bagi menampung jumlah kenaikan gaji kakitangan awam," katanya.

Beliau berpendapat, skim gaji dalam sektor swasta tidak sepatutnya menjadi isu kerana majikan sedia menaikkan gaji pekerja sekiranya syarikat mencatatkan keuntungan memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :