Labels

Thursday, 19 October 2017

Anak Gadis Hilang Dari Keluarga



Sabak Bernam – Seorang remaja perempuan yang telah menghilangkan diri sejak Isnin lalu, 09 Oktober 2017, membuatkan sekeluarganya menjadi tidak keruan.

Kejadian itu disedari oleh ibunya, Noor Hayati Ab Wahab, 48, ketika dia ingin mengejutkan anak gadisnya itu kira-kira jam 6.30 pagi, namun mendapati bahawa anak bongsunya itu tiada dalam bilik.

Noor Hayati hanya menemui sekeping kertas tulisan tangan yang diletakkan dalam meja solek dalam bilik Mizah itu.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu sempat meninggalkan nota di dalam laci meja solek memaklumkan ingin mencari ketenangan selain pergi ke rumah keluarga angkatnya di Perak.

“Saya beberapa kali bermimpi dia ‘dipegang’ seseorang namun kelibat individu berkenaan gagal dilihat dengan jelas,” kata Noor Hayati Ab Wahab, 48, ibu kepada Nur Hamizah Abdul Rahman, 18, yang masih gagal dikesan itu.

Noor Hayati berkata, dia sekeluarga buntu mencari lokasi Nur Hamizah sehingga pergi ke Kuala Lumpur untuk menjejakinya.

“Selain mengorbankan masa dan tenaga bagi mencari adik, kami meminta bantuan saudara mara terdekat serta sahabat untuk bersama mencarinya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, dia bimbang keselamatan Nur Hamizah yang hanya membawa MyKad.

“Dia anak yang baik dan tidak akan tergamak melakukan perbuatan ini. Air mata saya juga sudah kering kerana setiap hari menangis memikirkannya.

“Saya cuma mahu dia segera pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Kata Noor Hayati, dia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak perempuannya itu supaya menghubunginya di talian: 017-6417021.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :