Labels

Wednesday, 11 October 2017

'Soalan Bocor' Clever Girl, Menjawab Sebelum Soalan Habis Dibacakan.

Peserta Clever Girl Malaysia, Shazana.


Pada Jumaat (06/10/2017) lalu, seorang peserta Clever Girl Malaysia iaitu Shazana Kamarzaman, 24, telah menjawab sebelum soalan habis dibacakan oleh penasihat pertandingan, iaitu Datin Sharifah Shawati.

Dalam soalan ketiga pusingan kedua itu, Shawati telah mengemukakan soalan, ‘Karya manakah tulisan Usman Awang sama ada (A) Salina atau (B) Jiwa Hamba?’

Bagaimanapun, Shazana terus menekan butang untuk menjawab soalan sebelum Shawati sempat membazakan jawapan seterusnya.

Tindakan ini mendapat kemarahan netizen kerana menyifatkan ia sebagai ‘soalan bocor’.

Selain itu, tindakan Shazana yang hanya menjawab B sahaja apabila disoal oleh hos Alif Satar tanpa menyebut apa jawapan pada B tersebut juga mendapat kemarahan netizen.

Dalam semi final itu, Shazana telah layak ke peringkat akhir bersama seorang peserta dari Perak iaitu Sara.

Setelah itu, pengarah drama iaitu Shahrulezad Mohameddin mencadangkan TV3 tidak lagi menyiarkan program berkenaan secara langsung kerana hanya ia menjejaskan kredibiliti peserta dan program itu.

Rata-rata netizen menyifatkan 'soalan bocor' seperti yang didakwa oleh bekas peserta yang menarik diri daripada program tersebut iaitu Keira ialah sesuatu yang benar-benar berlaku.

Sementara itu, peserta yang tersingkir pada minggu berkenaan iaitu Shaza berkata, tuduhan soalan bocor itu tidak benar sama sekali.

Namun, Shaza atau nama sebenarnya Nurul Shazalina Zainudin, 30, peserta tersingkir pada minggu berkenaan berkata, tuduhan soalan bocor adalah tidak benar.

Jika benar perkara berkenaan terjadi, sudah tentu dia masih berada dalam program tersebut.

"Saya baca komen rata-rata netizen tuduh kami semua peserta diberi set soalan, tinggal hafal sahaja jawapan.

"Kalau begitulah, sudah pasti saya masih selamat, sebab saya memang kaki hafal. Senang betul saya nak menang RM100,000 tu.

"Masyarakat kita sakit dengan syak wasangka dan fitnah. Begitu mudah anda semua percaya tanpa ada bukti.

"Janganlah kerana kesilapan kecil atau cerita yang tiada bukti, anda pukul rata semua peserta," kongsinya di Instagram.

Klip video Shazana menjawab soalan tersebut boleh disaksikan melalui Youtube dengan tajuk “Clever Girl Tular”.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :