Labels

Friday, 24 November 2017

Ops Tapis : Penangkapan Pengedar dan Penagih Sekitar Ranau dan Kundasang

Rampasan Steven Air Rifle dan barangan lain.

RANAU – Dalam Ops Tapis dari 12 hingga 18 November lalu, polis berjaya menangkap beberapa pengedar dan penagih dadah di sekitar Kundasang dan Ranau.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, tiga pegawai dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi yang menumpukan kepada kes-kes narkotik itu.

Menurutnya, pada hari pertama, dua lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 20an-40an ditangkap sekitar Kundasang dan Ranau dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 22.50 gram.

“Ia disusuli dengan tangkapan enam lelaki dan seorang perempuan tempatan lingkungan umur 20an-30an dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 3.23 gram.

“Sementara sembilan lagi lelaki berumur 20an-30an telah ditangkap dan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas ujian saringan awal air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya lagi.

Farhan berkata, pada 15 November lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Ranau yang menjalankan Ops Tapis di kawasan Ladang Sawit Kg Tompios Ranau telah memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya orang tempatan berumur lingkungan 20an.

Katanya hasil siasatan menjumpai lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi hablur putih disyaki dadah jenis syabu seberat 17.2 gram dan turut dirampas adalah 10 butir peluru senapang patah bersama 12 Bore pelbagai jenis.

“Rampasan susulan pada tarikh yang sama kira-kira jam 3.15 petang dengan dipandu oleh suspek tangkapan pertama, anggota polis merampas selaras senapang angin jenis Steven Air Rifle Automatik bersama teropong pembidik jenis Sharp Hammerson di sebuah rumah di Kg Lembah Permai Kundasang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :