JAKARTA - Kisah seorang
lelaki warga emas yang dibuang anak sendiri dan ditinggalkan di tepi longkang
di Jakarta Barat tular di Indonesia, baru-baru ini.
Lelaki terbabit dikenali
sebagai Udjan Susanto, berusia 74 tahun ditemui orang awam terbaring dalam
keadaan uzur dan tidak terurus sebelum diselamatkan Unit Pelayanan, Pengawasan
dan Pendidikan Sosial (P3S) pada Khamis lalu.
"Ketika kami tiba di
lokasi, lelaki tua itu hanya mampu terbaring...seluar tidurnya pula dipenuhi
najis sendiri.
"Keadaannya amat
menyayat hati dan terabai," kata pegawai P3S, Sudinsos.
Kata Sudinsos lagi, pihaknya
telah berjaya mengesan waris lelaki terbabit hasil bantuan masyarakat setempat.
Bagaimanapun, kesemua mereka
enggan membawanya pulang ke rumah.
"Dia ada tiga orang
anak, salah seorang daripada mereka menetap berhampiran kawasan ini.
"Malang sekali, kesemua
mereka enggan mengakui lelaki tua itu sebagai bapa mereka.
"Kami cuba berdialog,
namun usaha memujuk mereka gagal," ujarnya.
Susulan itu, Udjan dibawa ke
Hospital Tarakan bagi menerima rawatan lanjut.
Pemeriksaan doktor
mendapati, Udjan mengalami diabetes akut namun masih mampu berkomunikasi dengan
baik.
No comments:
Post a Comment