Labels

Monday, 27 November 2017

ELYANA Mengumumkan Menghidap Kanser Tahap 4 Dalam Gegar Vaganza 4


Pelakon dan penyanyi, Erneelya Elyana Emrizal, 30, membuat kejutan sebaik sahaja namanya diumumkan tersingkir dari program Gegar Vaganza musim keempat, dia mengumumkan bahawa dia telah menghidap kanser limfoma tahap empat.

"Setiap hari saya takut nak tidur sebab saya takut tak jumpa anak saya esok pagi."
Begitulah luahan penyanyi bernama Elyana yang sangat terkenal dengan drama Dunia Baru di TV3 satu ketika dulu.

Dalam satu temubual, Elyana memberitahu dia telah disahkan menghidap kanser tahap dua sejak 7 tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah.


"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," katanya.

Elyana memberitahu, dia mengalami fobia untuk tidur malam sejak mendapat tahu dia menghidapi kanser sehinggalah ke hari ini.




"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari," kata Elyana.

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

Sejak akhir-akhir ini, sering memuatnaik status murung di akaun Instagram miliknya.
Malah, orang ramai terkejut apabila dia memuat naik gambar dua kotak set pelengkap jenazah di laman Instagramnya itu.


Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, Elyana menjawab bahawa kelengkapan jenazah itu memang perlu ada di rumahnya dan ia adalah untuk persediaan buat diri dan keluarganya.

Saturday, 25 November 2017

Cara Mudah Menghilangkan Kesan Merah Tanda Gigitan Pada Leher.



Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya ada pasangan yang suka mencium pada bahgian leher sehingga meninggalkan kesan kemerah-merahan. Ia bertujuan untuk menambahkan kemesraan antara pasangan suami isteri tersebut.

Namun, anda tidak usah risau lagi kerana terdapat cara dan petua untuk menghilangkan kesan tersebut.

Petua bagi menghilangkan kesan ‘lovebite’ adalah seperti di bawah:

1. Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yang mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dengan air seperti biasa.

2. Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.

3. Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4. Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

# Petua menghilangkan kesan 'lovebite; hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Penangkapan Pengedar dan Penagih dalam Ops Tapis di Sekitar Ranau dan Kundasang.

Rampasan Steven Air Rifle dan barangan lain.

RANAU – Dalam Ops Tapis dari 12 hingga 18 November lalu, polis berjaya menangkap beberapa pengedar dan penagih dadah di sekitar Kundasang dan Ranau.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, tiga pegawai dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi yang menumpukan kepada kes-kes narkotik itu.

Menurutnya, pada hari pertama, dua lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 20an-40an ditangkap sekitar Kundasang dan Ranau dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 22.50 gram.

“Ia disusuli dengan tangkapan enam lelaki dan seorang perempuan tempatan lingkungan umur 20an-30an dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 3.23 gram.

“Sementara sembilan lagi lelaki berumur 20an-30an telah ditangkap dan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas ujian saringan awal air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya lagi.

Farhan berkata, pada 15 November lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Ranau yang menjalankan Ops Tapis di kawasan Ladang Sawit Kg Tompios Ranau telah memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya orang tempatan berumur lingkungan 20an.

Katanya hasil siasatan menjumpai lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi hablur putih disyaki dadah jenis syabu seberat 17.2 gram dan turut dirampas adalah 10 butir peluru senapang patah bersama 12 Bore pelbagai jenis.

“Rampasan susulan pada tarikh yang sama kira-kira jam 3.15 petang dengan dipandu oleh suspek tangkapan pertama, anggota polis merampas selaras senapang angin jenis Steven Air Rifle Automatik bersama teropong pembidik jenis Sharp Hammerson di sebuah rumah di Kg Lembah Permai Kundasang,” katanya.

Cara Menyemak Keputusan UPSR bagi Sesi 2017


Bermula pada 23 November 2017, keputusan peperiksaan UPSR bagi sesi 2017 boleh disemak melalui online ataupun melalui sms.

1. Cara semakan keputusan UPSR melalui SMS:

Calon UPSR boleh menyemak keputusan UPSR 2017 menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas dengan menaip <UPSR> jarak <Angka Giliran> dan hantar ke <15888>.

  • Contoh: [UPSR] < jarak > [Angka Giliran]
  • Contoh: UPSR AZ1122888 (dan hantarkan SMS ke) 15888.


Caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan penerimaan sms.

2. Cara semakan keputusan UPSR melalui ONLINE:

Calon-calon UPSR juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui online dilaman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Klik Link:
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 ini akan mula diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 November dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 November 2017.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR untuk tahun 2017 membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Apabila Diuji dengan Wang Banyak dan Wanita Cantik



Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras dan disebabkan takut jem, aku bergegas ke kereta, tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika.

Ada sebuah dompet besar betul-betul terjatuh di tepi kereta. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemui sebuah envelop besar dari nama sebuah bank.

Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note RM100.00 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik.

Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah, tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya. Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu.

Ketika sampai, aku beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan bertanya mahu mencari siapa?



Aku bagitau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim, betulkah rumah ni?"

"Saya Haji Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras?" tanya ku.

"Ya. Betul."

"Pak Haji tadi ada bawa apa-apa waktu pegi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah. iya. Saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya. Saya lupa dimana letaknya," pandangannya kearah saya penuh dengan tanda tanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi, "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya, ya. Yang itu. Alhamdulillah. Terima kasih nak. Dalam tas ini bapa simpan wang yang bapa baru ambik dari bank tadi."

Tanpa banyak bicara, aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Haji Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita.

Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab. Mata bertentang mata. Cair hati tak terkata. Degup jantung kencang tak terkira.

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Haji, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya dan minta izin dengan dia tentang rancangan Tuan Haji ni."

Haji Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada nombor hand phonenya?"

Aku mengangguk lesu. Malu tapi mahu. Mana tak mahunya. Anak dia punyalah cun.

Lalu aku pun bagi la nombor handphone wife aku. Tuan Haji Salim terus dail nombor tu dan dia bagitau cerita sebenar.

Tubuh aku tiba-tiba menggigil, apa lagi saat telefon tu diberikan kepada aku. Katanya isteriku mahu bercakap dengan aku. Terlintas di fikiran, apalah aku nak jawab.

Bagaikan halilintar membelah bumi di saat terdengar suara isteriku bercakap dengan agak kuat.

Bang.. Bang.. Abangggg.. Bangun.. Dah masuk maghrib ni..

Aku bermimpi rupanya. Ceh. Kah kah. 

Friday, 24 November 2017

Ops Tapis : Penangkapan Pengedar dan Penagih Sekitar Ranau dan Kundasang

Rampasan Steven Air Rifle dan barangan lain.

RANAU – Dalam Ops Tapis dari 12 hingga 18 November lalu, polis berjaya menangkap beberapa pengedar dan penagih dadah di sekitar Kundasang dan Ranau.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, tiga pegawai dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi yang menumpukan kepada kes-kes narkotik itu.

Menurutnya, pada hari pertama, dua lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 20an-40an ditangkap sekitar Kundasang dan Ranau dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 22.50 gram.

“Ia disusuli dengan tangkapan enam lelaki dan seorang perempuan tempatan lingkungan umur 20an-30an dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 3.23 gram.

“Sementara sembilan lagi lelaki berumur 20an-30an telah ditangkap dan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas ujian saringan awal air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya lagi.

Farhan berkata, pada 15 November lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Ranau yang menjalankan Ops Tapis di kawasan Ladang Sawit Kg Tompios Ranau telah memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya orang tempatan berumur lingkungan 20an.

Katanya hasil siasatan menjumpai lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi hablur putih disyaki dadah jenis syabu seberat 17.2 gram dan turut dirampas adalah 10 butir peluru senapang patah bersama 12 Bore pelbagai jenis.

“Rampasan susulan pada tarikh yang sama kira-kira jam 3.15 petang dengan dipandu oleh suspek tangkapan pertama, anggota polis merampas selaras senapang angin jenis Steven Air Rifle Automatik bersama teropong pembidik jenis Sharp Hammerson di sebuah rumah di Kg Lembah Permai Kundasang,” katanya.

Tuesday, 21 November 2017

B9, Ambulans Tajaan Malaysia Menjadi Sasaran Serangan di Syria

B9, ambulans sumbangan rakyat Malaysia

Kuala Lumpur – Sebuah ambulans yang dikenali B9 hasil sumbangan rakyat Malaysia telah musnah dalam satu serangan udara di Idlib Syria Jumaat lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Lifeline for Syria (MLFS), Syahrir Azfar Salleh, serangan itu dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan Syria yang menyebabkan lima buah ambulans lain musnah dan tiga orang awan terkorban.

“Sebanyak 10 lagi pegawai perubatan cedera namun tentulah yang menyedihkan apabila B9 hancur sedangkan pembelian ambulans tersebut ditaja sepenuhnya oleh rakyat Malaysia sebagai tanda keprihatinan rakyat negara ini terhadap mangsa-mangsa konflik di Syria.

Keadaan B9 sebelum serangan tentera Syria

“Kita perlu mengutuk serangan ini kerana kenderaan-kenderaan tersebut begitu berjasa kerana telah menyelamatkan ratusan nyawa rakyat Syria dan tidak sepatutnya menjadi sasaran serangan,” katanya dalam satu kenyataannya.

Katanya lagi, B9 adalah salah satu daripada 100 buah ambulans yang menyertai konvoi perpaduan menghantar ambulans dari United Kingdom ke Syria April lalu.

“Pada Jun lalu, ambulans B9 lengkap dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang telah dirakam oleh badan penyiaran British Broadcast Company (BBC) apabila berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa serangan bom di Idlib beberapa jam selepas memasuki Syria,” katanya.

Keadaan B9 selepas diserang

Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 100 ambulans yang terlibat dalam konvoi perpaduan ini telah ditaja oleh rakyat Malaysia melalui beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk misi kemanusiaan.

“Iaitu, Muslim Volunteer Malaysia, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Global Peace Mission dan rakan korporat Affin Islamic, selain MLFS sendiri.

“Kita meminta rakyat negara ini terus mendoakan kedamaian di Syria dengan baki ambulans yang ada di sana tidak lagi menjadi sasaran serangan,” katanya.

Saturday, 18 November 2017

6 Cara 'Move On' dan Cara Membuatkan Bekas kekasih Menyesal Meninggalkan Anda




Pernahkah anda putus hubungan dengan bekas kekasih anda? Pastinya perasaan yang dialami sangat menyakitkan hati dan mengecewakan, bukan?

Perkongsian ini adalah bagaimana caranya mengembalikan perasaan kecewa itu kepada bekas kekasih anda, seterusnya membuatkan anda mampu ‘Move On’.

Cara untuk membuatkan bekas kekasih anda menyesal putus dengan anda adalah dengan melakukan perubahan lebih baik dari segi fizikal sehingga perubahan sikap. Caranya adalah seperti di bawah:


1. Elakkan daripada membuat status berbaur kekecewaan di media sosial.

Melalui penelitian, bekas kekasih anda akan lebih percaya diri apabila melihat kekasih yang ditinggalkannya itu sedih dan kecewa berpanjangan.

Jika dia melihat anda mengalami rasa ‘down’ selepas meninggalkan anda, maka bekas kekasih tersebut pasti akan lebih yakin dengan keputusannya meninggalkan anda adalah pilihan yang benar.

Oleh itu, janganlah memperlihatkan perasaan sedih dan kecewa anda kepadanya secara berdepan ataupun melalui media sosial.

Perlihatkan diri anda seorang yang kuat, penuh semangat dan rasa tidak kecewa kehilangannya.


2. Lakukan perubahan pada diri sendiri.

Langkah seterusnya, ada boleh membuat perubahan diri melalui penampilan anda.
Jadikan diri anda mempunyai penampilan diri yang lebih menarik berbanding sebelumnya dan kelihatan smart.

Ia bertujuan agar hatinya pilu dan membuatkan dia sedar bahawa keputusan meninggalkan anda adalah keputusan yang salah.


3. Tunjukkan bahawa anda lebih bahagia setelah putus dengannya.

Biasanya, setelah seseorang telah putus hubungan dengan kekasih, pastinya orang yang ditinggalkan itu mesti akan menunjukkan perasaan sangat sakit hati, kecewa yang mendalam, kemurungan dan banyak berdiam.

Namun, ianya sukar untuk melakukan bahawa anda kelihatan bahagia setelah putus dengannya. Tapi percayalah, jika anda mampu melakukan hal ini, dia pasti merasa tidak tenang kerana memutuskan anda.

Anda hanya perlu tunjukkan raut wajah yang ceria, bahagia dan gembira didepannya.


4. Carilah pasangan baru yang lebih memahami dan lebih comel.

Ketika masih dalam perhubungan, pastinya anda merasakan dia adalah yang sangat memahami anda, dan tidak ada yang lebih baik dan comel daripadanya.

Ketahuilah bahawa anda sebenarnya silap, Masih banyak lagi yang akan lebih memahami dan lebih comel kepada anda.

Ketika dia mengetahui anda sudah mempunyai pasangan baru, dia pasti akan menyesal dan rasa tidak tenteram. Kemudian dia akan mencuba untuk dapatkan anda kembali.


5. Bangun perniagaan yang hebat dan menjadi jutawan.

Anda juga boleh membangunkan sesuatu perniagaan yang mampu menjadikan anda kaya.

Fokus kepada bisnes anda sehingga anda menjadi orang berjaya.

Apabila dia melihat kejayaan anda, dia pastinya akan menyesal meninggalkan anda walaupun dia bukan seorang yang gilakan harta.


6. Dapatkan kerjaya di tempat berprestij tinggi.

Selain itu, anda juga boleh mencari kerjaya di tempat yang sangat berprestij atau kerjaya yang popular.

Hal ini juga membuatkan anda menjadi lebih berjaya dan kelihatan bergaya.

Cara ini juga sangat efektif membuat pasangan merasa menyesal setelah meninggalkan anda kerana anda sekrang menjadi lebih berjaya.


Kesimpulannya, setelah anda diputuskan oleh kekasih anda, anda tidak perlu lagi merasa jatuh semangat, sedih berpanjangan dan kecewa setelah ditinggalkan kekasih anda.

Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya perlu lakukan perubahan kepada diri anda seterusnya membuatkan anda mampu ‘Move On’ untuk melupakan segala kenangan silam yang pahit anda itu.

Tradisi Ahli Keluarga Menonton Aksi Malam Pertama Pengantin Mereka



Sekeping gambar telah menjadi viral apabila satu keluarga yang tinggal di Woodlands New Town berkongsi di laman sosial.

Gambar yang dikongsi menunjukkan ahli-ahli keluarga yang sedang menonton aksi pengantin lelaki dan perempuan sedang melakukan persetubuhan di malam pertama mereka.

Bapa kepada lelaki tersebut mengatakan ia adalah tradisi keluarga turun temurun yang diamalkan sejak dahulu lagi.

“Meskipun kebanyakan orang mungkin menganggap ia ganjil, bagi keluarga kami, tiada apa yang lebih membanggakan daripada meraikan anak, abang atau anak saudara melakukan hubungan seks buat kali pertama.

“Kami melihatnya sebagai langkah terakhir dalam perjalanan panjang ke alam dewasa dan ia juga peluang khas untuk menyaksikan masa ini bahawa kehidupan yang baru terbentuk.

“Saya berasa beruntung mempunyai keluarga saya untuk menemani saya, dan juga memberi saya panduan mengenai bagaimana untuk meneruskan.

"Pada mulanya saya mempunyai masalah bersetubuh dengan teman wanita saya, tetapi ibu saya mencadangkan saya mengambil langkah yang lebih perlahan-lahan dan berehat dan saya dapat melakukan akhirnya.

“Gambar tersebut juga dirakam oleh ibu dan adik lelaki beliau, yang duduk di pinggir katil untuk memberikan tips dan galakan.

"Saya berebut mengambil gambar pada masa tersebut, dan ia adalah benar-benar pengalaman yang indah,” kata bapa saudaranya.

Friday, 17 November 2017

5 Cara Mengelakkan Akaun Media Sosial Anda Digodam



Adakah anda pernah mengalami pengalaman menjadi mangsa penggodam atau kecurian identiti?

Berikut tip untuk anda melindungi diri dan maklumat peribadi anda: 

1. Tukar kata laluan untuk semua perkhidmatan ‘Online’ anda

Pastikan anda kemaskini semua perkhidmatan atas talian atau ‘online’ anda seperti akaun media sosial dan perbankan untuk mengelakkan jadi mangsa digodam. Tukarlah kata laluan untuk semua akaun anda.


2. Guna aksara kata laluan yang lebih rumit

Elak mengunakan kata laluan yang mudah diteka seperti nama anak atau tarikh lahir. Gunakan aksara yang lebih rumit untuk akaun anda.


3. Jangan klik pautan emel dari invididu yang tidak dikenali

Penggodam sering mengunakan taktik menghantar kod perisian perosak 'malware' menerusi emel.

Jangan klik kepada pautan yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali, kerana pautan berkenaan mungkin mempunyai 'malware' yang mungkin akan jangkiti komputer atau peranti anda.

'Malware' ini mampu mendedahkan identiti anda seperti kata nama dan kata laluan kepada pengodam.


4. Semak URL, pastikan bukan laman web palsu

Penggodam boleh memperolehi kata nama dan kata laluan anda, jika anda tersalah memasukannya ke dalam laman web palsu.

Wujud laporan beberapa laman web media sosial dan bank pernah berhadapan dengan kes laman web palsu yang bertujuan untuk mencuri kata kunci penguna.


5. Kemaskini antivirus dan 'firewall' web

Kebanyakan perisian antivirus akan dikemaskini secara automatik, penting untuk pengguna sentiasa memastikan perisian itu diperkemas kerana ia merupakan pelindungan pertama daripada sebarang ancaman siber.

Wednesday, 15 November 2017

Seorang Wanita Ditemui Mati di Sebuah Hotel Kota Kinabalu



KOTA KINABALU - Seorang wanita yang ditemui mati di sebuah hotel dipercayai disebabkan kehilangan banyak darah selepas melahirkan bayi lelaki.

Seorang pekerja hotel menemui mayat wanita berusia 24 tahun berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi pada 14 November dan terus memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan.

"Mangsa dikatakan berada di hotel itu sejak pagi semalam. Sebaik polis tiba, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan keadaan tandas di bilik penginapannya juga berlumuran darah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Chandra berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk tindakan lanjut dan akan dibedah siasat selepas keluarganya berjaya dikesan.

"Bayi lelaki cukup sifat yang selamat dilahirkan dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris atau keluarga mangsa tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Inspektor Mustapha Rambli di talian 0198145090.
loading...

Popular post :